hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Sunday, September 11, 2011

Tajul Muluk

        Taj Al Muluk (Tajul Muluk), kitab yang disusun oleh Haji Ismail Acheh ini telah disempurnakan penulisan dan penyalinannya pada hari sabtu 28 hb. Rabiul awal tahun 1306, yang mengandungi empat bahagian utama iaitu bahagian kitab Siraj Nur adz ‘Dzolam (karya Syeikh Abbas Acheh), bahagian kedua Kitab Fal (tanpa pengarangnya), kumpulan mujarrabat dan ilmu kepustakaan tradisional (tidak dinyatakan pengarangnya) dan terjemahan Hadis Arba’in (karya terjemahan Tuan Hassan Besut ibn Al-Marhum Tuan Ishak Fatani).
                        Dalam salinan Siraj Nur adz ‘Dzolam mengandungi dua bab iaitu bab pertamanya penjelasan bagaimana mengenal tarikh dan bulan-bulan arab dan dalamnya terdapat lapan fasal. Fasal-fasal di bab pertama ini lebih kepada sumber rujukan dan terjemahan dari kitab Wasilah At ‘Tolab karangan Syeikh Yahya ibn Muhammad Khatab al ‘Maliki yang berkaitan huraian mengenal tarikh bulan Arab. Terdapat juga terjemahan rujukan dari kitab Amadah at ‘ Tolabu fi Tarikh al Arab, Syamsi al ‘Ma’arif al ‘Kubra. Natijah al ‘Miqat dan Nazam Siraj al .Munir yang semuanya terkandung dalam lapan fasal bab pertamanya





                     Dalam bab dua pula terkandung sembilan fasal. Fasal pertama berkaitan dengan sirah/syarah haribulan yang disandarkan pada fahaman mazhab Jaafari (Jaafar ash ‘Shadiq}. Fasal kedua berkaitan dengan nahas di dalam sebulan berdasarkan mazhab yang sama. Fasal ketiga berhubungan dengan saat baik dan buruk dalam tiap-tiap hari dalam tujuh hari seminggu dengan peperangan atau berkelahi berdasarkan pandangan beberapa ulamak.
                      Fasal keempat pula berkaitan baik buruk setiap hari dalam sebulan (tanpa sumber rujukan). Fasal lima berkaitan satu muharam bersandarkan Syarah/sirah Natijah al Miqat karangan Syeikh Muhammad Al Marzuki. Manakala fasal enam menyatakan Rijal Al Ghaib,dengan rujukan kitab karangan Syeikh Abdul Wahab al Syarani. Fasal tujuh berhubungan ghalib dan maghlub berteraskan mazhaz Jaafari. Fasal lapan satu lagi kaedah mengenal ghalib dan maghlub atas mazhab Abu Masyar al Falaki dan fasal sembilan berkaitan mengenal kifayah suatu hayat (kehidupan) berdasarkan mazhab Jaafari.
                               Jenis jenis ilmu kepustakaan tradisional Melayu ini terkandung dalam 50 bab yang meliputi ilmu perkasih, ilmu berahi, ilmu kebal, azimat-azimat dan tangkal, ilmu nafas, ilmu gerak atau Qaf, ilmu buang baris yang berkaitan raksi suami isteri, bab isim, ilmu bercucuk tanam, firasat mimpi dan segala macam ilmu kepustakaan tradisonal yang dapat disimpulkan sebagai, ilmu kutika, katurangan, perubatan dan perbomohan, mendirikan rumah dan bangunan, racun, pertanian, seksologi dan sebagainya
                             asas rajah-rajah azimat dan tangkal banyak ditemui dalam kitab ini yang berdasar rajah angka dan huruf Yunani yang dikembangkan lagi oleh ahli-ahli falsafah Arab khususnya oleh Jabir Ibnu Al Hayyan, Ismail al Khayyali yang diadunkan pula dengan teori-toeri perubatan Jalinus dan Hipocrates yang dikaitkan pula dengan matemati Pithagoras. Nombor-nombor dan aksara disusun dalam petak-petak tertentu dalam satu kumpulan (wakaf) dan dalam beberapa kumpulan (beberapa wakaf) yang diikat dengan beberapa syarat sebelum proses penulisannya dilakukan seperti berpuasa inin khamis, puasa tiga hari, solat sunat hajat, membaca ayat-ayat Al Quran, menggunakan minyak zafron dan seumpamanya yang disertakan pula dengan pembakaran stanggi dan lain-lain lagi.

2 comments:

Anonymous said...

Bagaimana nak dapat kitbag ini.

Anonymous said...

https://www.facebook.com/635527306559471/photos/a.635533366558865.1073741827.635527306559471/657330664379135/?type=1&theater